6 HARI 5 MALAM
PENERBANGAN AIR CHINA
…….. KLIA
Berkumpul 3 jam sebelum penerbangan di KLIA untuk mendaftar masuk penerbangan ke Beijing . Wakil kami akan menanti anda disana untuk urusan mendaftar masuk.
HARI 01 KLIA / BEIJING ( SP on board / MT / MM )
Penerbangan ke Beijing dengan pesawat CA 972 pada jam 12.50 tengah malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dijangka tiba di Lapangan Terbang Beijing pada jam 6.40 pagi. Selesai urusan Imigresen dan kastam, anda akan dijemput oleh wakil kami dan terus dibawa Summer Palace ( Istana Musim Panas ) . Setelah itu ke restoran untuk makan tengahari dan seterusnya ke Masjid Madian bagi lawatan dan sembahyang Zuhur. Setelah itu, ke Pusat Mutiara( Fresh Water Pearl Centre ), Anda akan dibawa untuk menyaksikan pertunjukan akrobatik dan seterusnya makan malam di restoran muslim.
HARI 02 BEIJING ( SP / MT / MM )
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa untuk lawatan ke Tian’anmen Square dan kemudian melawat ke Forbidden City . Selepas makan tengahari, dibawa untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Nandouya. Setelah itu, lawatan ke Pusat Kesihatan & Perubatan Traditional Cina dimana anda akan berpeluang untuk merasai urutan kaki percuma. Juga dapat memeriksa tahap kesihatan anda disini. Selepas itu, ke ”Tea House” dan ke Perusahaan sutera dimana anda akan dapat menyaksikan bagaimana kain sutera dihasilkan. Bagi yang belum pernah melihat ulat sutera, disini anda berpeluang menyaksikannya. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan.
HARI 03 BEIJING ( SP / MT / MM )
Pada hari ini, lawatan penuh ke Tembok Besar China yang termasuk dalam 7 ajaib di dunia. Saksikan keajaiban dan keindahan reka bentuknya. Disini terdapat pelbagai cenderamata seperti replika tembok besar yang boleh dibeli sebagai kenangan. Setelah itu, acara membeli-belah di Pusat Jade dan Sutera, Perusahaan Kristal dan Gaoyoik. Kembali ke Beijing dan ke pusat membeli-belah Wangfujing dan pasar malam. Kembali ke hotel dan istirehat. Acara bebas.
HARI 04 BEIJING ( SP / MT / MM )
Pada hari ini, anda akan dibawa untuk membeli-belah di sekitar Beijing. Pasar Chaowiamen ( dahulu dikenali Pasar Yabaolu ), pasar Hongqiao, dan Lady Street bakal anda kunjungi. Makan tengahari dan makan malam akan disediakan di restoran tempatan.
HARI 05 BEIJING ( SP / MT / MM )
Sarapan pagi di hotel. Acara membeli-belah di kota Beijing . Makan tengahari dan makan malam akan disediakan.
HARI 06 BEIJING / KUALA LUMPUR ( SP / MT / MM On board )
Selepas sarapan pagi, terus mendaftar keluar hotel. Dibawa ke Kedai Cenderahati Olympic dan berpeluang bergambar di luar stadium Olympic – stadium layang-layang. Setelah itu, dibawa untuk membeli-belah untuk kali terakhir sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik. Penerbangan balik dijangka pada jam 5.05 petang dengan pesawat CA 971 dan dijangka tiba pada jam 11.20 malam di KLIA. Bebas memilih destinasi masing-masing
HARGA PAKEJ :-
( MIN 20 ORANG )
HOTEL | 2 SEBILIK |
LONG DING HUA HOTEL / GUANG YUN HOTEL ATAU SETARAF | RM 1950 / SEORANG |
HARGA TERMASUK :-
ü Tiket penerbangan berkumpulan AIR CHINA pergi balik dari KUL > PEK > KUL
ü Penginapan selama 5 malam di hotel pilihan
ü Pengangkutan sepanjang lawatan
ü Tiket masuk ke semua tempat lawatan
ü Insuran perjalanan
ü Pemandu pelancong berbahasa Inggeris / Melayu
ü Pengurusan Visa China ,
ü Insuran penerbangan ,
ü Cukai lapangan terbang
ü tip kepada pemandu pelancong
HARGA TIDAK TERMASUK :-
ü Perbelanjaan peribadi seperti penggunaan fax, tel, dobi dan lain-lain selain dinyatakan di dalam lawatan
ü Pasport Antarabangsa
JADUAL PENERBANGAN :-
KUL / PEK CA 972 0050 / 0640
PEK / KUL CA 971 1705 / 2320
PENERBANGAN : AIR CHINA
**Harga dan aturcara lawatan tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis **
Person In-Charge : Ms Ma at hasmaliza_anf_holidays@yahoo.com
AnF Holidays Sdn. Bhd | Address: No. 5515-D, Tingkat 1, Wakaf Siku, Jln. Kuala Krai 15050 Kota Bharu, Kelantan , Malaysia |
Email: anf@streamyx.com | Website: www.anfholidays.com | KBR Tel: +609 748 8600 Fax: +609 748 9600 | KUL Tel : +603 4102 6860