Lagi koleksi percutian ke Hatyai Thailand
Pasar Pagi
Hiasan@dekorasi bilik bercirikan kebudayaan Thailand. Kesenian ini juga boleh dilihat pada rekaan bekas sabun dan beberapa dekorasi bilik mandi
Kami menjamu selera di Restoren Chekkar (restoran makanan halal yang mempunyai banyak cawangan di sana). Mengikut pemandu pelancong kami, restoren ini menjadi tempat makan Sultan Kedah apabila baginda melawat Thailand
Singgah di Pasar Ko Yo untuk membeli hasil laut yang telah diproses, terdapat juga hasil pertanian, kraftangan & pakaian dijual di sini
Patung Tembaga yang menjadi mercu tanda Samila Beach
Pasar Terapung Hatyai "Kla Klong Hair" masa kami sampai di sini masih terlalu awal, masih belum ramai pengunjung, sejam kemudian tempat ini penuh sesak dengan pengunjung
Kanak-kanak Thai sedang menikmati juadah di tebing sungai. Bekas minuman yang kelihatan didalam gambar ini dijual bersama dengan makanan dan boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan.
Rata-rata harga makanan yang dijual bersama bekas yang dibuat khas ini sekitar RM2 - RM2.50 sahaja.
Pelbagai bentuk bekas hasil kraftangan yang dibuat untuk mengisi makanan. Pengunjung boleh memilih rekabentuk yang di ingini utuk mengisi makanan masing-masing
Untuk lawatan seterusnya, boleh daftar sekarang untuk menempah tempat
Untuk lawatan seterusnya, boleh daftar sekarang untuk menempah tempat
No comments:
Post a Comment