Followers

Monday, March 22, 2010

Sekitar Lawatan Ke Hatyai

Lagi koleksi percutian ke Hatyai Thailand

Pasar Pagi 

Hiasan@dekorasi bilik bercirikan kebudayaan Thailand. Kesenian ini juga boleh dilihat pada rekaan bekas sabun dan beberapa dekorasi bilik mandi 

Kami menjamu selera di Restoren Chekkar (restoran makanan halal yang mempunyai banyak cawangan di sana). Mengikut pemandu pelancong kami, restoren ini menjadi tempat makan Sultan Kedah apabila baginda melawat Thailand

Singgah di Pasar Ko Yo untuk membeli hasil laut yang telah diproses, terdapat juga hasil pertanian, kraftangan & pakaian dijual di sini

Patung Tembaga yang menjadi mercu tanda Samila Beach

Pasar Terapung Hatyai "Kla Klong Hair" masa kami sampai di sini masih terlalu awal, masih belum ramai pengunjung, sejam kemudian tempat ini penuh sesak dengan pengunjung

Kanak-kanak Thai sedang menikmati juadah di tebing sungai. Bekas minuman yang kelihatan didalam gambar ini dijual bersama dengan makanan dan boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan.
Rata-rata harga makanan yang dijual bersama bekas yang dibuat khas ini sekitar RM2 - RM2.50 sahaja.

Pelbagai bentuk bekas hasil kraftangan yang dibuat untuk mengisi makanan. Pengunjung boleh memilih rekabentuk yang di ingini utuk mengisi makanan masing-masing

Untuk lawatan seterusnya, boleh daftar sekarang untuk menempah tempat

Sunday, March 21, 2010

Rombongan Ke Hatyai

Antara foto-foto menarik yang sempat dirakam semasa lawatan kami ke Hatyai Thailand.
Masjid Kerisik Narathiwat. Masjid tertua di Thailand di mana disini pernah berlaku peristiwa berdarah suatu masa dulu. Kami sempat singgah menunaikan solat di masjid ini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami.

Sempat juga merasa ais-cream yang unik dan sedap ni semasa berhenti di Masjid Kerisik. Uniknya mengenai ais-cream ini ialah ianya tidak dapat di temui di Malaysia kecuali jika kita makan ABC

Barang-barang kemas dijual di Hatyai dengan potongan harga 20% untuk setiap barang

Batu jed dijual dengan harga yang murah, terdapat perlbagai jenis jed hiasan boleh dibeli di sini

Batu permata yang pelbagai juga boleh didapati di sini

Ekor buaya untuk pengemar barangan exotic

Ketam kecil dijadikan snek

Ulat buluh juga dijadikan snek di sana

Ketibaan rombongan Anf Holidays di Hotel Regency Hatyai

Proses pendaftaran bilik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails